


BeyondQalbu adalah pengedar Al-Quran dan Ensiklopedia Solat serta menyediakan servis wakaf secara percuma.
Ensiklopedia Solat
Keistimewaan Ensiklopedia Solat
Ensiklopedia Solat merupakan koleksi maklumat atau himpunan fakta mengenai setiap cabang ilmu pengetahuan yang disusun mengikut abjad atau mengikut keterangan secara ringkas dan padat. Ensiklopedia berbeza dengan kamus yang mengandungi keterangan mengenai makna perkataan sahaja
AL-Quran AL-Ghuffran
Antara 10 Pesanan Rasulullah SAW
“Wahai manusia, Tiada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu dua pekara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU” – Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
6 Langkah Mudah Untuk Mendapat Pahala Yang Berterusan
Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah (taqarrub ilallah) menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak.
Dengan itu amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah. Sehingga dikebanyakan negara Arab ditubuhkan satu kementerian khas untuk mengendalikan urusan harta wakaf – disebabkan harta wakaf yang terlalu banyak dan tidak terurus.
Boleh diniatkan Wakaf ke atas nama diri sendiri, ibubapa, adik beradi, ahli keluarga, sahabat handai, atau sesiapa sahaja yang masih hidup mahupun sudah meninggalkan dunia.
Sahaja aku berwakaf Al-Quran Al-Ghufran ini ke atas nama kedua ibubapaku kerana Allah Taala
Sahaja aku berwakaf Al-Quran Al-Ghufran ini ke atas nama-nama yang telah diniatkan kerana Allah Taala
Sahaja aku berwakaf Al-Quran Al-Ghufran ini ke atas diri sendiri kerana Allah Taala
Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasullah SAW bersabda; “Apabila Seseorang anak adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”. Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.
Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya. Harta yang diwakafkan mempunyai nilai harga (mutaqawwim). Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna oleh orang yang berwakaf (waqif). Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.
‘Orang yang boleh untuk memiliki harta (ahlan li al-tamlik) – orang Islam, merdeka dan kafir zimmi boleh memiliki dan menerima manfaat harta wakaf. Manakala orang yang tidak sempurna akalnya, hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima wakaf. Penerima wakaf mampu menjadikan manfaat wakaf sebagai hal taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T) dan perkara ini hanya ditujukan untuk kepentingan Islam sahaja.
Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki. Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya. Baligh. Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih).
Pernyataan wakaf yang dibuat sama ada secara lisan, tulisan bersama lafaz ataupun isyarat. Melalui lafaz sama ada secara soreh atau kinayah. Lafaz soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir”. Lafaz kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud seperti “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”.
Sudut bahasa bermaksud menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Sama seperti jika kita berniat untuk mewakafkan selipar di masjid. Maka kita haruslah membelinya terlebih dahulu di kedai barulah diletakkan ke masjid.
Kerana Beyond Qalbu adalah anak syarikat kepada Naaz Premier Sdn Bhd yang menerbitkan bahan bacaan terutamanya Al-Quran ( Al-Quran Al-Ghufran ) yang sangat berkualiti tinggi supaya Al-Quran itu boleh digunakan dalam tempoh yang lama.
Jadi , akan berlakunya penukaran (pembelian) dari wang ringgit kepada Al-Quran. Dengan erti kata lain membeli Al-Quran untuk golongan yang memerlukan.
WAKAF AM : Sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hukum syarak. Naaz Premier menjalankan wakaf am di mana Al-Quran yang telah di wakaf akan dihantar ke madrasah-madrasah terpilih.
WAKAF KHAS : Wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hukum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.
Ini kerana kami memfokuskan kepada mereka yang memerlukan sahaja. Hanya tempat-tempat yang terpilih dan layak untuk menerima naskah Al-Quran seperti Rumah Anak-Anak Yatim, Madrasah, Golongan Asnaf, Muallaf dan sebagainya supaya Al-Quran yang diwakafkan dapat dimanfaatkan pada bila-bila masa.
Al-Quran yang telah diwakafkan akan dihantar ke madrasah yang telah ditetapkan pada satu-satu masa. Buat masa ini, syarikat Beyond Qalbu akan mengumpulkan Al-Quran dalam jumlah tertentu dan sekiranya jumlah naskah untuk dihantar telah mencapai jumlah yang diingini, penghantaran Al-Quran akan dilakukan.
Boleh terus berhubung dengan Pegawai syarikat yang sah untuk tahu maklumat serta perkembangan terkini Program Wakaf Quran kami.
Alhamdulillah Al-Quran dari syarikat Beyond Qalbu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan telah disemak oleh 25 orang Ahli Lajnah di mana isi kandungannya mengikut garis panduan yang ditetapkan dan tidak mempunyai unsur yang terlarang.
Ya, betul.
Alhamdulillah, Al-Quran ini boleh diwakafkan ke atas nama sesiapa sahaja sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.
Proses penghantaran Al-Quran ini mempunyai 3 fasa iaitu fasa pertama, mencari tempat agihan wakaf , madrasah atau golongan yang memerlukan naskah Al-Quran.
Fasa kedua pula adalah fasa mendapatkan pewakaf mengikut jumlah naskah yang telah diminta oleh pihak tersebut (yang menerima wakaf).
Dan akhir sekali, adalah fasa penghantaran. Setelah jumlah Al-Quran telah cukup, ia akan dihantar terus ke pihak yang menerima wakaf. Video bukti penghantaran akan disedikan untuk para pewakaf melihat sendiri hasil wakafnya.
Syarikat Beyond Qalbu mengutamakan tempat-tempat yang memerlukan Al-Quran lebih banyak seperti tahfiz, sekolah agama, golongan muallaf dan lain-lain.
Al-Quran tersebut akan selalu digunakan oleh mereka (yang memerlukan) dan akan terus digunakan oleh orang awam yang lain. Maka pahala wakaf tersebut akan terus mengalir selagi mereka membacanya.
Bagi pewakaf yang mewakafkan Al-Quran secara bahagian sama ada Penama atau Bahagian (Kurang dari 1 Naskah) akan dikumpulkan menjadi nilai untuk 1 Naskah Al-Quran RM290.
Boleh rujuk pakej wakaf yang pihak syarikat Beyond Qalbu sediakan atau berhubung terus dengan Pegawai sah kami yang bertugas.
Beyond Qalbu hanya menerima transaksi Wakaf Jual Beli melalui Akaun Rasmi Naaz Premier Sdn Bhd (5540 8054 7292)-Maybank.
Sila pastikan anda tidak memasukan wang wakaf ke dalam mana-mana akaun peribadi.
Sekiranya terdapat individu yang menyalahgunakan nama syarikat, boleh terus hubungi HQ Naaz Premier dan tindakan akan dikenakan ke atas individu tersebut.
ABOUT US
BEYOND QALBU SDN. BHD. (1439242-M)
No 7-2 Jalan LGSB 1/1, Pusat Komersial LGSB, OffJalan Hospital, 47000 Sungai Buloh, Selangor
03-6145 0980 (HQ)
013- 484 5951 (CALL)